Monday, April 5, 2010

SuRaT SeOranG PeseRTa BTN

engan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam buat Rasul junjungan Mulia, Muhammad SAW..


Ini adalah sepucuk surat..
Yang ingin diutus kepada Pencipta alam semesta
Dari seorang peserta kursus btn..
Yang ingin mengadu segala kocakan di jiwa..
Kepada Allah Yang Maha Mendengar

Ya Allah,
Engkau telah hamparkan kami di sini..
Di kem Tanjung Rhu, Sepang..
Demi agama, bangsa dan negara kami.

Wahai Allah yang sentiasa dirindui,
Di sini, Engkau lihatkan padaku..
Kelemahan dan kekuatan hamba-hambaMu..
Engkau tunjukkan padaku jua..
Betapa insan-insan kerdil ini mudah lupa padaMu..
Termasuklah diri jua..

Oh Allah yang kucintai,
Hari ini aku terkesima..
Bilamana begitu mudah syabab Islam kini melontarkan pandangan..
Bernas! Bijak! Genius! Tak pernah aku nafikan dan sangkalkan kebijaksanaan mereka..
Namun..
Pandangan mereka..entahlah ya Allah..
Aku bingung!

Duhai Allah yang sentiasa menemaniku,
Kenapa bibir mulus itu begitu mudah berkata-kata??
Tahukah dia bahawa kata-katanya menghiris hatiku dan hati sahabat semuslimku yang lain??
Setiap butir perkataan yang terkeluar dari bibirnya bisa melambangkan akhlak remaja-remaja Islam kini..

Aku kira dia tidak menghina rumahMu, Ya Allah..
Tapi, mungkin kerana emosiku sendiri...
"Alaa, bina masjid banyak-banyak pun xde guna. Bukan ada orang nak gi solat kat masjid pun,"
Aduh, Ya Allah..
Kata-kata inilah..
Kata-kata inilah yang menghentak benakku.

Benar, ya Allah..
Benar kata-katanya..
Aku tidak meragui walau sedikitpun..
Namun, entahlah ya Allah..
Entah kenapa hati ini terasa sakit sekali..

Mungkin juga aku yang terlalu berprasangka buruk..
Kerana aku juga manusia lemah..
Mungkin lebih lemah dari dirinya..
Lantas,
Surat cinta dariMu yang Engkau wahyukan pada Rasuluallah kutatap penuh kasih..
Kubaca kalamMu..
Surah Tahaa kualunkan merdu..
Agar lembut jiwa ini Engkau belai..
Agar bertempiaran lari syaitan laknatullah dari fikiranku..

Wahai Allah, Penciptaku..
Kini, tiada apa yang jasad kerdil ini harapkan..
Melainkan Engkau bukakan pintu hati kami..
Dan masukkan hidayahMu dalam jiwa kami..
Kerana sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui..
Maka, oleh sebab itu...
BANTULAH KAMI!!

daripada hambaMu,
-Sukma Haidar bt. Mohd Nasir-
-6/3/2009-
-11:09 P.M.-

No comments:

Post a Comment