Friday, April 16, 2010

Solat full 5 kali sehari semalam..Cukupkah??

Dengan nama Allah Yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW..

Dalam suatu kisah yang diriwayatkan oleh Imam Malik  rahimatullah yang disebutkan dalam kitab al-muwatta'  iaitu dalam bab Wudhu' (kitabul wudhu') bahawasanya pada hari kiamat nanti datang berbilion-bilion manusia di hadapan nabi masing-masing. Maka Rasuluallah SAW ditanya oleh para sahabat..
    "Boleh kenal dop umat mu akan datang? Kami, mu kenal doh pasal kami sahabat. Satu masa, satu zaman dgn mu?"

Sbb umat akan dtg  yang mcam kita, x sempat sezaman ngan rasuluallah..Dah 1400 tahun. So..

   "Boleh kenal ke muka dorang tu?? Umat nabi akan dtg??"

Maka tanya Rasuluallah SAW kepada para sahabat,

   "Kalu mu ad 100 ekor kuda warna hitam, mu bleh kenal dop seekor kuda yang berkepala putih yang duk antara 100 ekor kuda warna hitam?"

Maka begitulah kata Rasuluallah..

   "Umat aku dapat aku kenal daripada bekas mengambil wudhu'"

Maknanya, kita amik wudhu'..basuh muka, basuh tangan, basuh kepala telinga kaki, dia (anggota tersebut)  akan ghurrah muhajjalin (mengeluarkan cahaya) pada hari kiamat. Sehingga Nabi SAW yang x kenal kita, x dang (x sempat) ngan kita, boleh tunjuk itu ummati, itu ummati.

    "Umat aku la tuh..Muka, tgn bercahaya bekas amik wudhu."

Rasuluallah bila tgk ramainya umatnya, kesan daripada amik wudhu' ni, Nabi terlampau gembira. Nabi kata,

    "Halumma, halumma.." maksudnya,
    "Mari, mari kepada aku. Mari kpd Nabimu," panggilan yang sungguh lembut dituturkan Rasuluallah.

Nabi SAW memanggil umatnya utk minum air di kolamnya. Kolam yang selalu kita baca dalam Al-Quran.

"Inna a'toina kal kauthar"
 [Sesungguhnya Kami (wahai Muhammad) memberikan kpdmu al-khautar] {Al-Kauthar:1}

Turunnya ayat ini, nabi tanya para sahabat,
   "Mu tahu dop wahai sahabatku, apa benda al-khauthar 2?"

Kata sahabat,
   "Allahu warasuluhu a'lam..Allah dan rasullah yang lebih mengetahui. Kami dop tau,"

Maka nabi cerita..

   "Al-khauthar kolam yang banyak kebajikan. Allah beri pada aku, umat akan datang akan minum. Aku tunggu di sana, di kolam al-khauthar"

Maka pada hari akhirat, bila nabi tgk ramai umat Muhammad ni, nabi pun akan kata..

   "Mari minum dalam kolam aku ni. Mari minum sini. Mari minum sini. Jangan minum tmpat lain."

Tiba-tiba, umat Muhammad disekat oleh para malaikat. Malaikat sekat sebahagian drpd umat nabi. Nabi kata..

   "Bakpo(kenapa) mu sekat umat aku nak minum air dari kolam khautar tu?"

Maka kata malaikat,

   "Mu dop(tak) tau wahai rasuluallah. Memang ni umat mu, solat x tinggal. Tok siak masjid, tok imam, tok bilal. Tetapi bila wafat kamu rasuluallah, mereka tak lakukan apa yang kamu suruh, mereka mempertahankan apa yang kamu larang."

Apa maknanya?? Maknanya, menyeleweng daripada agama islam. Ulama' ditolak, juhalah disokong. Orang yang adil ditinggalkan, orang yang melakukan kezaliman dikasihi. So, bila dgr malaikat kata gitu, nabi pun kata..

   "Pergi berambus, pergi berambus. Jangan minum pada kolam khautharku."

Hari ni, nak diceritakan pada kita semua x cukup hanya dengan solat 5 kali sehari semalam. Sebab yang akan nabi panggil pada hari akhirat nanti ialah semua yang ada bekas amik wudhu'. Muka bercahaya, tangan bercahya, kaki bercahaya. Maknanya, x tinggal solat. Yang x solat tu, confirm2 la nabi x panggil, x layan langsung. Tapi ni nak cerita pasal yang solat cukup, x pernah tinggal. Tok imam, tok bilal, tok siak n macam-macam ag. Solat x tinggal, yang mampu gi mekah wat haji n boleh wat umrah lagi. Walaupun nabi kenal umatnya melalui anggota wudhu', tp x boleh minum daripada kolam al-khauthar. nauzubillah..Minta berlindung kita daripada masuk golongan yang bila sampai kat kolam khauthar, nabi hambat (halau) kita. Kata ulama', bila x dapat minum air dari kolam nabi, msuk neraka..nauzubillah..

-Didengar, ditulis, diedit daripada ceramah ustaz azhar idrus berkaitan kolam al-khauthar. if nak dgr ceramah tuh, boleh search kat youtube. insyaAllah-

Catatan Ana_sukma...

Sejuk jer ati bila dgr pasal kolam kauthar ni tapi gerun plak bila sampai kat kena tahan ngan malaikat n kena halau rasuluallah. Banyak2kanlah berdoa agar kita dijauhi daripada menjadi golongan-golongan yang dihalau oleh rasuluallah krn sepertimana yang disebut oleh ust azhar, menurut ulama', sapa2 yang x dpt minum air dri kolam kauthar maksudnya dia adalah ahli neraka..nauzubillah..


No comments:

Post a Comment