Friday, March 11, 2011

E.X.AM ------> before N after


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Selawat dan salam buat junjungan besar Rasuluallah SAW, ahli keluarga baginda, dan sahabat2 yng stia bersamanya

Assalamua'alaikum warahmatullah

Ini yang patut kita buat...

Sblm- Doa sokmo
Slps- Doa sokmo n perbykkan lagi

Sblm- Solat magrb n isyak kt surau@msjd
Slps- Solat 5 waktu kt surau@msjd

Sblm- solat hjt byk2
Slps- Solat hjt byk2 + solat syukur byk2

Sblm- Puasa sunat
Slps- Istiqamahkan

Sblm- Taubat setiap hari
Slps- Taubat tiap masa, ucap astaghfirullah sntiasa

Sblm- Quran setiap hari mesti bce
Slps- Tiap kali lepas solat, mesti baca Quran

Sblm- Bgn malam, tahajjud
Slps- istiqamahkan, + taubat, hajat, witir

......and so on, byk lg benda2 baik yg kita wat tem tgh exam ni, kn...
* Moralnya, ap yg kita wat tem tgh exm ni jgn stop smpai cni je..lps ni pun kita still kena trskan ibadah2 yg kita buat tu, ok?

INGAT!!!
~ Sebanyak mana kita b'ibadah utkNya sblm exam ni, sbyk itu juga kita perlu lakukan slps exam..if lebih drpd tu, then dat's better..tp yang utamanya kena ISTIQAMAHikut kemampuan kita..

~ Org kate, tem tgh exam ni kena byk b'ibadah pada Allah. Kena slalu bgn solat malam, kena slalu solat jemaah, kena slalu puasa, n byk ag la..Baru ilmu berkat, nak jawab soklan pun tenang..Nnt Allah PASTI tolong tem exam..Tapi, kan lagi CANTIK n KEMAS kalau kita teruskan ibdah2 ni utk hari2 kita yg seterusnya..? tak gitu???

~ Macam mana kita usaha byk2 so dat Allah tlg kita dlm exam, mcm tu jgk kita kena usha lps exam utk balas balik kat Allah walau kita tau Allah x perlukan balasan pun..Kenpa ye?? Tgk Allah...DIA bagi kita mcm2...

1) Kesihatan, so kita dikira present ms exam
2) Memory skill, so kita bleh igt ap yg kita bace
3) Tgn masih b'gerak, so kita dpt pegang pen, dpt tulis jwpn

n byk ag yang Allah bagi..Kalau nk tulis kt cni, smpai bila2 pun xkan habs...

CUBA ELAKKAN...!!

1) Enjoy habis-habisan lps exam..ajakan syaitan tu
2) Solat sorang2 kt bilik, dah x pi msjd@surau
3) Quran letak atas meja, da x rasa nk baca
4) Bgn mlm utk study, tp xwat tahajjud
5) Doa jrg2. Hbs solat terus lipat sjdah
....n seumpamanya...

Itulah kita..MANUSIA ZAMAN MILLENIUM..igt Allah tem susah2. Tem senang JARANG2, tem mewah LUPA TERUS..Tahu mintak, tp x tau hargai..Tahu salah, tp still buat..

Spttnya lepas exm ni kita kena lbh bekerja keras utk m'capai cinta Allah. Utk dekat ngan Allah. Why....??
1) Sbb Allah, kita bleh hbskan exm kita
2) Sbb Allah, kita cemerlang
3) Sbb Allah, kita gagal
4) Sbb Allah, kita jadi contoh, ikutan kwn2 kita

... Semuanya sbb Allah, sbb Allah, sbb Allah..

...Bknnya....

1) Sbb aku stay up, ak dpt A++++
2) Sbb ak x tido tem lec, ak lulus ngan cemerlang
3) Sbb kwn ak x tlg dlm study, ak gagal exam

...n sbb ak, sbb dia, sbb mrk yang laen2. Tiada sbb2 sebegitu...

Oleh itu....

Jgn bersemangat at certain2 situation je, sbb Allah tolong kita TIAP2 MASA

Wallahua'alam..mga2 mendapat manfaat dpd coretan kali ini..SELAMAT BERAMAL SAUDARA, SAUDARI SEKALIAN..=)

P/S: Sbrn kesilapan sila betulkan, krn hamba ini bknlah diri yang sempurna..Tambahan ilmu amt di alu2kan..syukran jazilan!

Saya tak nak jadi DAYUS..!


Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Menerima Taubat
Selawat dan salam buat kekasih Allah Muhammad SAW

Assalamu'alaikum

Hari ini, saat ini, tika ini...
Saya akan menulis lagi. Tangan ini milik Allah, idea ini milik Allah, laptop ini milik Allah, dan segala2nya adalah milik Allah. MILIK ALLAH semata2, tiada milik saya. Saya hanyalah seorang PEMINJAM.

Saya hanya akan menulis bila Allah hadirkan ilham. Dan saya bukanlah seorng yang pakar dalam bidang penulisan. Sungguh, sape2 yg kenal saya dia akan tahu itu. Sebab itu, saya hanya akan menulis bila saya terasa teramat gembira, teramat marah, teramat sedih, teramat kecewa, dan teramat2 perasaan yang lain2. Kerana di waktu2 tersebutlah saya terasa sungguh dan sangat dekat dengan Allah. Dan bila dekat denganNya, insyaAllah sungguh mudah ilham dariNYA sampai kepada saya. Itulah gaya penulisan saya.

Dan sudah semestinya, notes yang hadir kali ini ada asbabnya. Ada punca2nya. Ada reasonnya. Tidak mungkin notes ini muncul dgn tiba2. Notes ini muncul kerana hati ini berkecamuk lagi. Berkecamuk?? Iya, berkecamuk. Kecewa. Sedih. Seolah2 bermacam2 perasaan bercampur baur di jiwa ini.

Allahu Rabbi..Allahu Rabbi..Allahu Rabbi..ku mohon perlindungan daripadaMU wahai Tuhan semesta alam.

Saya x suka ayat berbunga2 walau kdg2 ada jgk terkeluar ayt2 camtu. Baik, so better saya straight to the point terus. KAPEL @ COUPLE.
Apa pendapat anda semua dgn perkataan ini yang maksudnya BERPASANGAN dlm bhs melayu?? Keep the answer in your mind because i don't need it..Who need it? You yourself..

" Alaa, isu ni lagi..Dah bosan dah dgr,"
" Biasela bro kapel2 ni..sume orng buat pe?" 
" Rileks la, mcm la awk x pernah kapel..Paling tak pun mesti ade gak rase nk kapel, kan2??"
" U tu pelik yang x kapel..it's normal thing la.."
" Kapel je kot. Tu pun nak kecoh..ntah ap2 la.."
" Kami kapel cara islamik la. Mana ad pegang2, sentuh2..Dating pun jrg2, tu pun bila jumpe duk jauh2,"

Aduhai remaja. Banyaknya alasan darimu. Ada tambahan alasan lagi?? Silakan tambah..Ini hanyalah 0.00000000000000001 % alasan @ mungkin lebih sedikit. Lebih byk lagi ayat2 yang begitu bombastik yang membolehkan fenomena kapel ini berlaku.Wallahu'allam..

Sampai bila mahu beralasan? Adakah bila berhadapan dengan Allah, alasan ini juga yang mahu kita utarakan? Di dunia ini, YA. Saya akui alasan2 dan jawapan2 ini boleh diterima oleh sesetgh pihak dan mungkin kita akan menang tapi ingat! Dunia ini hanyalah ibarat R & R(kata seorng shbt). Hanyalah tempat persinggahan. Lambat laun, kita semua akan dihadapkan ke muka pengadilan. Di suatu tempat dimana segala amalan kita akan dihamparkan, akan dibentangkan, akan dipresentkan. Di suatu tempat di mana segala amalan kita di balas kebaikan dan segala dosa kita  di balas dgn azab. Di tempat itu juga, kita akan disoal TUAN kita, Allah azza wajalla. So, alasan2 spt inikah yang akan kita tuturkan pada Ar-Rahman? Seperti inikah remaja2 sekalian? Oh, saya lupa pula. Bukankah di hari Pengadilan kelak kita tidak akan berkata2? Yang akan berkata2 hanyalah anggota badan kita bukan? Ya2, Al-Quran sudah menyatakannya.

                               الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi terhadap apa yang dulu mereka usahakan.” [Yassin:65]

Oh, kalau begitu tidak boleh la kita menyatakan alasan2 seperti di atas kan? Sbb anggota2 kita pastinya akan berkata yang benar2 sahaja sbb mereka adalah hamba yang patuh pada Allah. Mana mungkin mereka menipu. Tapi, kalaupun mereka menipu Allah kan Maha Mengetahui. Mana mungkin ada sesuatu yang tersembunyi daripadaNYA. MUSTAHIL! Jadi, tiada guna lagi alasan2 di atas ini. Ianya mungkin hanya akan terbang ditiup angin.

Ya! Isu kapel ni memang isu biasa. Saya tahu itu. Dan saya mahu tambah. Isu BIASA yang LUAR BIASA. Setuju? Tidak? Tidak mengapa, kerana itu pandangan masing2.

Kenapa LUAR BIASA? 

  • Sayang Allah tapi x peduli bila Allah berfirman 
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا 
“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)

LUAR BIASA kan??

  • Sayang Rasuluallah SAW tapi buat benda2 yang Baginda x buat...
LUAR BIASA kan??

  • Katanya syg pada pasangan masing2. Sayang sampai hingga akhir hayat. Tapi sanggup jerumuskan pasangan msg2 ke neraka..Sayang ke tu??
LUAR BIASA kan??

Saya x kata couple tu salah. Tgk pada terjemahan couple tu sendiri mksdnya berpasangan kan? Saya tiada hak nak ckp x boleh couple sdgkan Allah sendiri benarkan couple tu. Ya, Allah benarkan. Sbb itu dalam islam ada pertunangan dan perkahwinan. Bknkah tunang dan kahwin itu melibatkan 2 individu yg berlainan jantina? Bukankah itu juga disebut couple @ berpasangan?? Kan boleh couple tu??  Allah ciptakan ikatan yang halal antara adam dan hawa ini sbb Allah itu Pencipta kita. Dia Maha Tahu ap yg setiap hamba2Nya mahu dan inginkan. Sebab tu Rasuluallah SAW, manusia paling mulia pun menginginkan Saidatina Khadijah sbgai peneman hidup. Inikan pula kita, yang serba lemah, imannya yg sentiasa turun naik.

Yang duk ckp2 haram kapel, xleh kapel, dosa kapel tu bukanlah kapel yang di sebut tadi. Tapi kapel yang muda mudi skrng duk asyik sgt tu. Yang abng2 kita tgh buat, kakak2 kita buat, adik2 kita buat, kawan2 kita buat dan mungkin DIRI SENDIRI YANG TGH BUAT..Itulah yang x boleh. 

Soalan biasa yang ditanya slps statement di atas dikeluarkan.." Kenapa x bleh. Habaq mai reason.."

Baiklah, jom kita tgk langkah2 nak ke gerbang perkahwinan utk zmnkini. Lebih kurang mcm ni kan..

Couple ---> Tunang ---> Kahwin

K, sblm saya cite nape kapel org zaman ni xleh, ap kata kita tgk jap kt bhgian TUNANG tu dlu..Baik, dalam islam tunang tu dibenarkan namun ikatan ini tidak pernah menghalalkan ap2. Yakni, tidak boleh jumpe jika tiada muhrim bersama. Tidak boleh bersentuhan, tidak boleh berpegangan tgn, tidak boleh bermesra2. Dgn kata lain, ap2 perkara yg haram dilakukan seorng lelaki kpd seorng perempuan dan sebaliknya. Dan ada lagilah adab2 masa tgh bertunang ni. Saya xnak ckp byk, tkot nnt lari drpd tajuk asal plak. Jadi pd pndpt semua la, if time tunang tu pun dah kena jaga diri, jaga maruah, xleh buat itu, xleh buat ini..apatah lagi time couple kn? Kalau time tunang xleh jumpe berdua je, xkan time kapel blh plak? Kalu time tunang xleh amik gambar dekat2 smpai sentuh2 pipi, xkan time kapel ni bleh plak kan? kalau time tunang xleh pegang2, xkan time kapel ni bleh plak kan? Takkanlah benda2 yang xleh dibuat time tunang boleh kita buat tem kapel? Btl x?

" Tapi org yg dah bertunang skrng ni kan mmg mcm tu? Keluar sama2, bonceng motor sama2, naek kete same2?"

Allahu Rabbi..yang kita nak ikut diorang kenapa? Kan Allah da ajar? Rasuluallah pun dah ajar. Ikut lah 'GURU' kita yang terbaik ni. Yang kita nak ikut mrk2 tu kenapa? Yang dorang buat tu islam x ajar. Kita kena tgk ISLAM itu sendiri, bukannya tgk ORANG ISLAM. Lagi2 org islam akhir zaman ni.

Jadi, dah tahu kan knpa kapel yng remaja2 buat skrng tu haram hukumnya?

"Tapi kami couple cara baik. Islamik. Kami tutup aurat. Sempurna lagi. Bila jumpe kami bwk Al-Quran, tadarus sama2. Kami sama2 hafal Al-Quran. Kalau salah seorang salah tjwid, yg sorang lagi betulkan. Bila jalan, jarak kami jauh. Lelaki kt dpan, yamg perempuan kat belakang. Kami x msg benda2 yang lagho. Semua msg kata2 pemberi smngt, kata2 islamik. Kami sama2 tolong kejutkn utk bgn qiam. Mana ade kami buat benda2 yg salah,"

Ok, cuba fahami cerita dan anologi ini...

Nama saya A. Saya seorang muallaf, baru 2 bulan saya memeluk islam. Dulu, sebelum jadi org islam saya sangat suka makan daging babi. Boleh kata tiap2 hari, menu saya mesti kena ad daging babi ni. Tapi, bila dah menganut agama suci ni, saya dah x bleh makan daging haiwan ni. Susahnya saya nak tahan keinginan saya. Akhirnya, smpai suatu saat, saya mmg x blh thn. Jadi saya nekad. Saya amik seekor anak babi dan saya jaga dia betul2. Tiap2 hari saya mandikan dia. Tiap2 hari saya cuci dia. Saya bagi makanan yang bersih2 dan halal je kat die. Pendek kata, saya jaga anak babi tu betul2. Sampai suatu waktu, ank babi tu dah jadi seekor babi yang bersih dan sihat. Jadi, saya amik keputusan nak sembelih babi tu. Sampai waktu nak sembelih, sy tgk babi tu xde leher. Alamak, mcm mane ni?? Alaa, x kisahlah. Lalu, dgn nama Allah, saya sembelih babi tu. Mcm2 saya msk dgn daging tu. Seronok betul saya time makan tu. Mana taknya, dah lama sgt x mkn daging babi ni kan. Time tgh syok2 mkn tu tiba2 ustaz yang selalu ajar saya dtg. Saya apalagi...

"Ustaz, jom makan. Saya masak special hari ni. Daging babi islam punya..!!"

Haa, nampak x perkaitannya? Moralnya, sesuatu benda tu bila da HARAM, kita buat la ap2 yang baik, yang selaras ngan islam sekalipun..hukumnya tetap akan jadi haram. (Citer ni saya amik dr blog salah sorang kwn saya, x  igt dah name blog tu. InsyaAllah, bila da igt sy sertakan link.)

Saya akui mmg saya ada perasaan utk dicintai dan mencintai. Tapi apa guna jika cinta iu menyebabkan saya jauh dgn Allah? Jauh dgn Rasuluallah? Saya tanya kamu semua. Siapa yang tidak pernah ada perasaan ini? Tidak pernah hadir perasaan ini walau sedetik di hatinya? Siapa? Siapa? Seorang imam mampu jatuh kerana seorng wanita, jadi apatah lagi kita yang imannya nipis amat? Saya mohon shbt2. Jangan! Jangan sombong dgn perasaan ini. Jangan pernah berkata, "Aku bleh tahan. Aku tiada perasaan ini,". Jika kita tegar utk katakan juga kata2 ini, tunggulah! Tunggulah suatu saat nnt Allah pasti akan menguji kita dgn ujian yang sehebat2 ujian..

Kita manusia, manusia yang biasa. Nafsu memenuhi diri kita. Mmg kita tidak boleh lari dari perasaan ini. Jangan pula kita salahkan CINTA. Cinta itu ni'mat, anugerah dari Allah buat kita. Cinta itu indah. Tapi seindah mana cinta itu, kitalah yang menentukannya. 

Tiap kali diri terfikir untuk berkapel....

  • Ingatlah Allah. Dia Pemilik cinta. DIA sebaik2 Pencinta. Sebaik2 kekasih. Sebaik2 tempat meluahkan segala masalah. DIAlah segala2nya.
  • Ingatlah Rasuluallah. Ini bukan ajarannya. Baginda pasti menangis jika kita lakukannya
  • Ingatlah mak dan ayah. Tidak cukupkah kasih syg mereka sehingga kita mendamba kasih syg drpd seseorng yang ajnabi?
  • Ingatlah pada seseorang yang telah Allah tetapkan utk menjadi peneman hidup kita. Sanggupkah kita mendengar dia mengatakan " Abang bukan cinta pertama ayang. Dulu ayang pernah bercinta dgn lelaki lain," atau sanggupkah kita membiarkan 'dia' menjadi org kedua yang menyentuh tgn kita?? Sanggupkah kita memberikan haknya kepada org laen terlebih dahulu?
" Nanti kami nak kahwin jgak. Lambat laun, dia akan jd suami/ isteri saya jugak,"

Cukuplah! Cukuplah beralasan. Saya tanya kamu. Berapa peratus kamu yakin pasangan kamu sekarang inilah yang kan jadi suami atau isteri kamu sekarang? Berapa peratus kamu yakin yang salah seorang dr kamu tidak akan meninggal dunia esok, lusa dan hari2 seterusnya?Berapa peratus kamu yakin yang hubungan yang dibina tanpa sebarang ikatan yang sah ini akan kekal hingga ke jinjang pelamin? Berapa peratus? Berapa peratus? Berapa peratus? 0 %..Ya, KOSONG PERATUS! Tiada siapa yang dapat yakin apa akan berlaku pada dirinya. 2 %, 50%, 90%, apatah lagi 100 %. Tiada! Kita tidak tahu ap2 yang akan berlaku pada kita. Jadi, bagaimana mungkin kita begitu berani mengatakan bhwa pasangan kapel kita sekrng ini yang bakal menjadi ibu or ayah buat anak2 kita nnt? Cuba lihat pasangan-pasangan yang telah bertunang. Pertunangan mereka belum tentu akan di akhiri dgn perkahwinan. Boleh jadi salah seorang drpd mereka dijemput bertemu Allah terlebih dahulu. Macam2 prkara yang boleh terjadi. Nah, ini yang sudah bertunang. Yang belum bertunang, gamaknya macam mane ye??

Masih nak berkapel? Ok, boleh2 tapi ada 5 syarat. If pass kelima2 syarat ni, silakanlah..
  1. Jika kamu ingin bermaksiat pada Allah, jangan makan rezeki dariNYA.
  2. Jika kamu mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNYA.
  3. Jika masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat dilihatNYA.
  4. Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, "Ketepikan dahulu kematianku. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.
  5. Kalau malaikat Zabaniyah datang untuk mengiringimu ke neraka pada hari kiamat nnt, jangan kamu ikutnya.

**Agak2 bleh pass ke syarat2 ni??? Hurmmm...

Mungkin ada yang akan bertanya dan mempersoalkan kenapa saya menulis tentang KAPEL kali ini? Seperti yang saya utarakn di awal2 penulisan, saya hanya akan menulis pada masa2 tertentu shj iaitu pada masa saya teramat2 sedih, teramat2 gembira, teramat2 marah, dan teramat2 perasaan yang laen. Jadi, mungkin sudah ada yang dapat mengagak perasaan saya sekarang bila membaca notes ni. Wallahu'allam. Dan hakikatnya, perasaan ini mestilah timbul atas sebab2 tertentu kan??

Saya lihat sahabat2 saya. Sahabat2 yang bermain lompat tali sama2 sewaktu sekolah rendah dahulu. Shbt2 yang sama2 membeli ais krim selepas kelas fardhu ain dahulu. Sahabat2 yang pernah tidur sebilik, sekatil dan sebantal dgn saya. Saya lihat mereka semua itu melalui jaringan yang dikenali FB ini. Terima kasih Mark Zuckerberg. Namun, saya sedih. Sahabat2 yang sama2 ke kelas fardhu ain dulu kini bersentuhan pipi dengan kaum bukan sejenis. Sahabat2 yang pernah tidur bersama ini tidak segan silu menulis, 'In a relationship with ***'..Shbt2 saya ini telah mengikut arus kemajuan fizikal ini. Banggakah kalian membuat demikian? Banggakah kalian berkepit dgn lelaki yang belum sah menjadi suami kalian? Banggakah kalian menguar2kan kalian sudah mempunyai pacar?

Maaf, andai kata2 saya ini kasar. Langsung tiada niat untuk menyakiti hati siapa2. Saya tidak marah pada siapa2, lebih2 lagi kalian semua adlh shbt2 saya. Saya sayang, teramat sayang pada kalian. Allah Yang Maha Pengampun tidak pernah marah pun pada kamu semua, jadi mengapa saya harus marah pada kalian? Saya tidak layak. Saya telah katakan tadi, saya sayang kamu semua. Jadi, saya cuba memimpin kalian menuju syurga walau diri juga tidaklah sempurna. Saya telah berkata pada diri saya. Andai saya tidak mmp menegur kalian, maka saya adalah sahabat yang DAYUS.

Wallahu'alam

Rindu...rindu...rindu yang sebenarnya


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Selawat dan salam buat Amirul Mukminin, Muhammad SAW

Rindukan Kekasih yang agung
Perasaannya sukar untuk diungkapkan..

Terdetik...

Kurindukan DIA
Seungkap kata
Cukupkah bagi melontar rindu ini?

Rindu ini tidak asing
Namun, ia tidak selalu hadir di jiwa
Terkadang kuat...
Terkadang biasa...
Terkadang tidak pernah langsung...

Terdetik lagi...

Benarkah aku ini seorang kekasih?
Layakkah diri digelar kekasih?

Kepalaku menggeleng sendiri
Mengikut kata hati yang merindui Sang Kekasih
Tidak cukup kerinduan dan kecintaan yang kuhamparkan pada DIA
Mana mungkin aku bisa digelar sang kekasih...
Langsung tidak layak!

Kucuba wahai Kekasih Agungku
Kucuba menjadi yang terbaik di sisiMU
Kucuba menjadi kekasih yang paling setia padaMU
Kucuba menjadi kekasih yang paling dekat dgnMU
Ku cuba...kucuba...kucuba wahai Kekasihku

Dan....

Dalam percubaanku itu..
Aku mohon semangat dariMU
Aku mohon kata-kata penguat dari QalamMU
Aku mohon kekuatan dariMu
Aku mohon segala-galanya dariMU
Amin...

Utk apa..?

Agar aku tidak bermain kayu tiga
Agar aku tidak menghadiahi cintaku kpd yang lain selainMU
Agar aku tetap setia di sini, menungguMU menyambut huluran kasihku
Agar aku sentiasa kekal disisiMU, wahai Kekasihku

Ku akui wahai Penerima Cintaku
Aku tidak bisa merindui dan mencintaiMu
Sebagaimana kekasihMU yang paling ENGKAU cintai, Muhammad bin Abdullah
Namun, aku sedang berusaha menjejaki dan mencontohinya
Aku akan terus berusaha Kekasihku...
Walau kuasa cinta ini tidak sekuat cinta Muhammad bin Abdullah padaMU
Aku akan terus mencuba...
Jika Engkau izinkan...

Mata makin bergenang
Pandangan makin kabur

Oh, Kekasihku
Aku kepingin bertemuMU
Aku rindu melihat wajahMU
Aku mahu bersamaMU
Aku ternanti2kan saat itu
Tapi... aku...
Aku tidak yakin dgn cintaku ini...
Adakah mampu kubawa cinta ini utk bertemuMU
Cinta ini tidak kuat
Cinta ini terkadang pudar
Cinta ini....cinta ini...
Cinta ini tidak seagung cinta kekasih-kekasihMU yang lain...
Cinta ini...
Biasa2 sahaja...

Ku akan yakinkan diri Kekasihku..
Iya, ku akan terus yakin dgn risalah kekasih agungMU
"PersangkaanKU adalah pada persangkaan hambaKU"
Lebih kurang begitu, kan? Itu yang ENGKAU sampaikan pada kekasihmu, bukan?
Aku akan berpegang pada itu..

Aku akan yakinkan diri ini..
Yakin untuk bertemuMU suatu hari nanti (amin)
Yang mana pada hari itu..
Aku pasti menjadi salah seorang kekasihMu yang paling gembira
Kerana dikurniakan ni'mat yang paling besar dan paling bernilai..
Iaitu....


DAPAT MELIHAT WAJAHMU YANG MAHA MULIA, WAHAI KEKASIH AGUNG...الله

الله, الله, الله, الله, الله, الله, الله...Ku amat merinduiMU



Nota dari seorang kekasih bergelar hamba
Ana 'Abdillah
9/3/2011; 1:07 AM