Thursday, April 29, 2010

Ingatan buat KUMBANG & MAWAR di KEBUN DUNIA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Sahabat yang kucintai, 
Kita adalah remja islam. Remaja terbaik antara remaja2 yg telah Allah ciptakan. Takkah pernah dikau terdetik di hatimu betapa Allah begitu menyayangi kita? Takkah pernah dikau terfikir betapa untungnya kita dilahirkan sbg umat Nabi Muhammad? Kita dicintai Allah sehingga kita dicemburui oleh kaum Nabi Adam.

"Alangkah beruntungnya kaum Muhammad. Dosa mereka diampunkan bila mereka berdoa, menyesal dan bertaubat pada Allah. Sedangkan kami, pabila kami melakukan dosa, akn dilucutkan terus pakaian kami" 

Subhanallah, Maha Suci hanya bagi Allah. Cuba bygkan sekiranya Allah msh menetapkan peraturan dan hukum hakam sptmana di zaman nabi Adam pd zaman kini. Dapatkah shbt2 bygkan betapa ramai di kalangan kita yg akan membuat 'freeshow' tiap2 hari? Bahkan tiap2 masa? Dan yg pastinya kita juga psti akan menghadapi keadaan ini krn trlalu byknya kemungkaran dan kemaksiatan yg berlaku ms kini shnggakn imam, bilal, hafiz, malah hafizah juga mmpu tumbang dek gelojakan nafsu. Lantas kita, siapa? Hanya hamba biasa, yg tahap ibdahnya biase2, yg tahap hiburannya juara.

Sahabat yang pastinya dirindui Rasuluallah, 
Pernahkah sahabat2 membaca kisah saat2 kekasih Allah dijemput menemui Penciptanya? Pasti ramai antara kita akan menjawab 'YA'. Namun, ramai manakah antara kita yg mengambil pngajaran drpd kisah ini? Brp rmai antara kita yg menitiskan air mata bila mengenangkan saat2 hiba ini? Brp ramai yg cintanya pada insan mulia ini bertambah tatkala kisah ini diperdengarkan?

Susuk tubuh mulia ini pernah menangis kerana mengenangkan ikhwannya yg x pernah bertemunya. Siapa ikhwan itu? Siapa lagi kalau bkn kita..Allahuakhbar! Tgk, btapa kasihnya Rasuluallah pd kita. Rindunya baginda kepada kita sehingga baginda menitiskan air mata suci baginda. Dan kita? Hanya berselawat kpd baginda di dlm solat, kita sudah berkata kita merindui baginda. Hanya berselawat tatkala munculnya maulidur rasul, kita sudah pandai mengaku kita cintakan Rasul Allah itu..Aaah!! Kita semua berdusta! Kita semua berbohong! Kita semua hanya beromong-omong kosong. Kenapa sy berkata demikian??

Cuba shbt2 pejamkan mata utk seketika dan buka kembli. Dapatkah shbt2 tgk kondisi masyrkt islam skrnag? Masyarakat melayu islam skrng? Kita seolah2 x pernah diturunkan seorng nabi walhal kita dididik oleh insan plg mulia yg diciptakan oleh Allah iaitu Muhammad bin Abdullah. Kita mengaku kita org islam sdgkan kita x tunaikan hak2 Allah..Kita mengaku kita hamba Allah sdgkan nkmtNya x prnah kita syukuri..Kita mengaku sbgai umat Muhammad sdgkan kita x trskan perjuangan Rasuluallah.

Sahabt2 yang dirahmati Allah selalu, 
Diri ini bukannya seorng yg perfect, jauh sekali utk ma'sum. Diri ini hanya seorng hmba Allah,seorng umat Muhammad, seorng temanmu dan yg pastinya saudara seislam dgnmu..Selayaknya diri ini msh mentah utk mengeluarkan pndpt. Namun, berpegang pada kalam indah, "Amar makruf, nahi mungkar", hmba ini cba meluahkan dan melontarkan pndpt bg ingatan shbt2 dn semestinya diri ini sndri.

Tatkala melihat pergaulan antra kita (mslimin dan mslimat), tidakkah pernah terdetik di hati kalian jika tiba2 Rasuluallah diturunkan di celah2 antra kita yg tgh bersosial dn bercmpur antra lelki dan prmpuan? Agk2nya ap reaksi baginda ketika itu? Gembira? Join kita berpesta yg bercampur lelaki dan perempuan? TIDAK! PASTINYA TIDAK! Pasti Rasuluallah akan menangis kembali. Pasti kita sekali lagi akan menyebabkan air mata suci milik Rasuluallah itu menitik kembali menyembah bumi.

Sy selalu meng'observe' psngan2 yg sedang kemaruk berasmara bersama qarin msg2..Dan bbrp seolan pasti akn mncul di benak fikiran sy..

1)Apakh mrk tdk pernah mengetahui adanya neraka Allah dan azabnya sgt pedih?
2)Adakah mrk tdk malu mempertontonkan amalan yahudi di khalayak ramai sdgkan mrk itu islam?
3)Adkh mereka x pernah kisah tntang nama baik islam krn kbnyakan mrk(hawa) bertudung dn bertdg itu mrupakn slh stu ciri2 bg seorng muslim?
4)Tidakkah mrk tau malaikat maut sentiasa menjenguk mrk di kala mereka sdg enak bermanja2?
5)Tidakkan mrk tau mrk hanya hamba dan sdg diperhatikan

Dan byk ag persoalan2 yg tdk pernah trjwb olh kemampuan fkrn yg terbatas ini. Namun ad stu ag soalan yg membuatkan diri ini terasa sgt2 sedih, hiba, hina, kerdil dan seangkatan dgnnya iaitu..

"APA YANG TELAH AKU LAKUKAN UTK SAUDARAKU INI?"

 

Persoalan inilah yg seringkali m'buatlkan dri trsa amt hina di hdpn Allah. Malu rsenya utk bertentang mata ngan Rasuluallah di hari kebangkitan kelak. Inilah hakikatnya..Inilah kebenarannya. Kita hnya pndai menuding jari, kita hanya pandai mencari kesalahan org lain shngga kesalahan kita terlindung. Kerana kita tdk kapel, kita mencebik pada saudara kita yg kapel. Krn kita ttp aurat, kita mencemuh saudara kita yg membuka aurat. Ayuh sahabt! Betulkan persepsi kita semua!

Jangan hanya pandai bercakap, jgan hanya pndai menuding jari. Lakukan 'action'nya skrng.

'Seorang muslim itu ibarat cermin kpd muslim yg lain. Bilamana dia mendapati ad kecatatan pd dri saudaranya, maka dia akn perbetulkannya' 

Buat perwira2 islam pengganti Salahuddin al-Ayubi,
Antum penegak agama. Antum pembangun ummah. Antum pewaris para sahabat. Antum pemimpin keluarga. Terus, jgn antum mudah rebah walau hanya pada seutas rambut kaum hawa. Jadikan Rasuluallah idola kpd antum. Lengkapkan diri antum dgn ilmu agma yang secukupnya. Jagai pandangan antum agr bebas drpd nafsu dan syaitan laknatullah. Antum harus igt, antum bkn calang2 manusia. Antum umat Muhammad, umat terbaik yg pernah diciptakan Allah di muka bumi ini. Lantas, seharusnya antum berbangga krn terpilih m'jd slah sorng drpd umat yg dicintai Allah SWT. Jgan terlalu mengikut arahan dunia, jgn pernah mengusik mawar berduri yg dikelilingi pgr bervoltan tinggi dan jgn pernah antum merosakkan lalu menghancurkan kecantikan wardah indah ciptaan Allah ini. Dikau seharusnya m'jdi pendamping mrk, pelindung mrka, penyelamat mrk bilamana pangkat suami itu diberikan kpd antum. Kudoakan mga2 ad antara antum yg bakal mengikuti jejak langkah Sultan Muhammad al-Fateh yg mmpu membebaskan Constantinople di kala usia msh muda remaja. Kudoakan juga mga2 ada di antara kita, mgkin waris2 antara kita yg akan berjuang dan menjadi tntra Iman Mahdi..Amin..

Buat mawar mujahidah yg pastinya kekal sntiasa keindahannya,
Jgn pernah terleka dgn kemanisan madu, krn kelak pasti madumu akan dihisap jua. Dirimu begitu indah diciptakan oleh Allah. Sehinggakan antunna digelar HIASAN DUNIA. Dan taukah antunna, apakah itu seindah2 hiasan dunia? Ialah, WANITA SOLEHAH. Subhanallah, x mahukah antunnan menjadi wanita solehah yg menjadi hiasan terbaik dunia? Antunna bakal menjadi sayap kiri perjuangan suami. Jagalah dirimu sebaik mugkin. Lindungilah dirimu drpd m'jdi alat godaan nafsu syaitan. Lengkapkanlah drimu dgn ilmu agma secukupnya. Duhai puteri dan shbtku, tutuplah mahkota milikmu. Ia adlh anugerah Allah padamu yg seharusnya dikau serahkn kpd suamimu. Bukan utk dipertontonkan di khalayak ramai. Kudoakan agr kita sama2 dpt menempuh dunia penuh kejahilan ini dengan iman yang tersimpan kukuh di jiwa ini.

"Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah org yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti," [Al-Hujurat:13] 

Jazakallahu khairan..

wallahuallam..

**Cetusan idea oleh ana bersumberkan ilham drpd Allah Azza Wajalla..

Monday, April 19, 2010

Catatan 6 Muharram 1431 H

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Menerima Taubat..
Selawat dan salam buat khalilullah Rasuluallah SAW..

6 Muharran 1431 H

Ya Allah,
Kuatkan jiwaku, kentalkan semangatku, kukuhkan nafsuku dalam menongkah arus jahiliah ini. Bantulah hamba ini dalam terus menegakkan yang hak dan menghilangkan yang batil. Kuatkanlah kami ya Allah. Teguhkan iman di dada kami. Ingatkan daku sewaktu diri ini lupa.

Ya Allah,
Ingin sekali aku mendampingiMU, mencintaiMU, mengasihiMU, merinduiMU..Tetapi kenapa kadang-kadang aku seolah-olah menjauhkan diriku padaMU?? Bantulah aku ya Allah. Aku sangat memerlukanMU ya Allah, di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Penuhi jiwaku, fikiranku dan segala-galanya milikku dengan nama-namaMU yang Maha Indah. Hiasi bibirku dengan zikrullah dan selawat ke atas kekasihMU, Muhammad SAW.

Ya Allah,
Mampukah hambaMU yang diselaputi dengan lumpur-lumpur noda ini bertemu dan melihat wajahMU?? Alangkah ruginya diri ini andai tidak layak menjadi hamba-hambaMU yang bertuah yang bakal menatap wajahMU di hari kebangkitan nanti.

Ya Allah,
Rindunya aku padaMU..Sayu di hati ini bila tiba-tiba Engkau detikkan perasaan ini dalam jiwaku. Sedih kerana aku sedar betapa kasihnya Engkau pada diriku walaupun diri ini seringkali melakukan maksiat padaMU. Malunya aku padaMU ya Allah bila dikenang amal perbuatanku di waktu lalu. Betapa aku membazirkan waktu-waktu emas yang Engkau kurniakan padaku dengan  maksiat-maksiat yang bisa memasukkanku ke nerakaMU. Nauzubillah..

Ya Allah,
Janganlah Engkau jauhkan diriMU daripada diriku. Aku teramat ingin mendampingiMU. Setiap saat yang dikurniakanMU inginku isi dengan mengingatiMU selalu tetapi hamba yang lemah ini sentiasa alpa degan keseronokan duniawi yang tidak mendatangkan apa-apa keuntungan bahkan mungkin akan mendatangkan kerugian pada diri ini di akhirat kelak. Ingin sekali setiap yang aku lakukan setiap masa hanya keranaMU ya Allah. Lillahitaala. Bukanku harap pahala atau syurga dariMu. Aku harapkan keredhaan dan kasih sayang dariMu, Tuhan Yang Maha Esa.

Ya Allah,
Bila difikir-fikirkan kembali, aku sedar yang diri ini masih jauh. Perjalanan yang harus ditempuhi masih panjang. bagaimana harus kuharunginya ya Allah agar tidak lagi aku terpesong atau tersasar dari jalanMU. Pimpinlah dan bimbinglah aku sepertimana Engkau membimbing rasul-rasulMu, nabi-nabiMu, wali-waliMU dan orang-orang mukmin yang sentiasa bersamaMu. Tunjukilah aku jalan-jalanMU yang benar. Dekatkan diriku dengan amal ibadat padaMU. Dekatkan diri ini dengan Al-Quran. Dekatkan diri ini dengan para ulama'. Dekatkan diri ini dengan sahabat-sahabat yang cinta padaMU.

Ya Allah,
Susahnya menjadi remaja masa kini namun kutahu desebalik kesusahan itu Kau selitkan dengan seribu satu hikmah. Susahnya bagiku mengawal nafsuku sebagai seorang remaja yang inginkan segala-galanya. Lindungilah aku daripada menjadi hamba abdi kepada syaitan. Jauhilah aku daripada syirik kepadaMU. Andainya terjadinya syirik itu, samaada nyata atau tidak, dengan sedarku atau tanpa sedarku, ampunkanlah daku namun ku amat-amat berharap agar Engkau menjauhkan diriku dan orang-orang yang bersama-sama denganku daripada menyekutukan Engkau. Amin ya rabbal a'lamin..

Wallahuallam..

Saturday, April 17, 2010

Mau minum air Hamim @ makan buah Zaqqum???

 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Selawat dan salam buat jumjungan besar Nabi Muhammad SAW

Daripada kitab Ta'limul Awlaad,
Kata pengarang rahimatullahitaala..(diedit oleh ana sendiri)

Betapa panasnya keadaan di dalam neraka sehinggakan ahli2nya memohon drpd Allah spy diturunkan hujan.
Selama 1000 tahun mrk merintih, barulah di kabulkan permintaan mrk oleh Allah SWT. Allah dtgkan awan yang mendung, maka bersorak gembiralah ahli neraka bila dorang tgk ad awan mendung.
    "sejuk doh la kito kali ni" mereka akan berkata begitu.

Lalu, diturunkan hujan api drpd awan mendung tadi. Hok ssh jd koho ssh ( yang ssh jd lebih ssh)! yang azab, semakin azab jdnya. benarlah firman Allah SWT yg b'maksud,"Kami tambah akan mereka itu akan ahli neraka akan azab,". Yang dah susah, makin susah jdinya. So, kalau xnak ssh, jgn kita plak yang pandai2 nak cari ssh.

Perbuatan yang nak masuk ke syurga ni perkara yang nafsu x suke. perbuatan nak masuk neraka ni, perbuatan yang nafsu suke. Sbb tu disebut dlm suatu hadis, Nabi SAWbersabda,

  "Al-jannatu khuffat bilmakarih, wannar khuffat bisyahawat.( syurga itu dipagar oleh perkara2 yang kita x suke dan neraka itu dipagar oleh perkara2 yang nafsu suke)"

Maksudnya, benda2 yg kita x suke ap? yang nafsu x suke? Solat, puasa, kuarkan zakat, melakukan perkara kebajikan nafsu x brp nak sgt. Yang nafsu suke ap? Joget, main, menyanyi. Haa, yang ni memang nafsu suke sgt! Maka, sapa2 yang boleh lwn makarih(benda yg die x suke)...

-Malas2 pun, solat la jugak..
-Sejuk2 pun, amik la jugak wudhu' nak solat subuh ni..
-lenguh2 pun. gi la jugak masjid..

Lawan ap yang nafsu x suke, insyaAllah dptlah tiket utk masuk ke syurga. Ikut hawa nafsu, msk neraka. Hawa ni lebih drpd nafsu. Cth: nafsu-nak makan..hawa nafsu- nak mkn byk..

Kita kembali pada azab di neraka. Di neraka ad juga makanan dan minuman. Apabila azab ahli neraka itu ditambah (hujan api td) lalu mrk memanggil malaikat malik.

   "Malik..malik..malik.."

70,000 tahun malaikat malik x layan pun panggilan mereka. Cba kita bygkan..70,000 tahun...Kita 70 tahun puas hidup kat dunia nih. Ni, 70,000 thn duk dlm api. jadi, bila x dilayan oleh malaikat malik, ahli2 neraka ini mengadu pd Allah Taala.

   "Ya Allah! Bakpo (knp) penjaga neraka x layan kami?"

Maka Allah perintahkan malik supaya melayan panggilan mrk.  Lalu berkata malaikat malik zabaniyah..

   "Nok mende ap (nak ap)? nak ap bising2 ni? Bertempik2 sampai mengadu pd Allah?"

Maka kata ahli2 neraka itu..

   "Mitok gak air setegok (nak air seteguk). Dahaga sgt ni. "

Maka didtgkan sejenis air istimewa utk ahli nrka, namanya Hamim. Air ni, bila nak pegang, jari akan putus. Tinggal skeleton jer. Bila sentuh kat mulut, jatuh mata sbb panas sgt. Bila minum, putus habis perut. Air panas, air kopi bila kita t'salah minum masa tgh panas2 tu, menggelupur kita kan?! Bukannya air hamim,  baru kopi tamim..(ayat ustz azhar idrus)..Yang hamim ni, bila minum gugur terus. Mulut, tercabut habis urat-urat mata..Allahu rabbi.

Wajah2 muka ahli neraka, sila rujuk surah al-ghasiyah.

belum abis ag ni..insyaAllah akan disambung..

Friday, April 16, 2010

Solat full 5 kali sehari semalam..Cukupkah??

Dengan nama Allah Yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW..

Dalam suatu kisah yang diriwayatkan oleh Imam Malik  rahimatullah yang disebutkan dalam kitab al-muwatta'  iaitu dalam bab Wudhu' (kitabul wudhu') bahawasanya pada hari kiamat nanti datang berbilion-bilion manusia di hadapan nabi masing-masing. Maka Rasuluallah SAW ditanya oleh para sahabat..
    "Boleh kenal dop umat mu akan datang? Kami, mu kenal doh pasal kami sahabat. Satu masa, satu zaman dgn mu?"

Sbb umat akan dtg  yang mcam kita, x sempat sezaman ngan rasuluallah..Dah 1400 tahun. So..

   "Boleh kenal ke muka dorang tu?? Umat nabi akan dtg??"

Maka tanya Rasuluallah SAW kepada para sahabat,

   "Kalu mu ad 100 ekor kuda warna hitam, mu bleh kenal dop seekor kuda yang berkepala putih yang duk antara 100 ekor kuda warna hitam?"

Maka begitulah kata Rasuluallah..

   "Umat aku dapat aku kenal daripada bekas mengambil wudhu'"

Maknanya, kita amik wudhu'..basuh muka, basuh tangan, basuh kepala telinga kaki, dia (anggota tersebut)  akan ghurrah muhajjalin (mengeluarkan cahaya) pada hari kiamat. Sehingga Nabi SAW yang x kenal kita, x dang (x sempat) ngan kita, boleh tunjuk itu ummati, itu ummati.

    "Umat aku la tuh..Muka, tgn bercahaya bekas amik wudhu."

Rasuluallah bila tgk ramainya umatnya, kesan daripada amik wudhu' ni, Nabi terlampau gembira. Nabi kata,

    "Halumma, halumma.." maksudnya,
    "Mari, mari kepada aku. Mari kpd Nabimu," panggilan yang sungguh lembut dituturkan Rasuluallah.

Nabi SAW memanggil umatnya utk minum air di kolamnya. Kolam yang selalu kita baca dalam Al-Quran.

"Inna a'toina kal kauthar"
 [Sesungguhnya Kami (wahai Muhammad) memberikan kpdmu al-khautar] {Al-Kauthar:1}

Turunnya ayat ini, nabi tanya para sahabat,
   "Mu tahu dop wahai sahabatku, apa benda al-khauthar 2?"

Kata sahabat,
   "Allahu warasuluhu a'lam..Allah dan rasullah yang lebih mengetahui. Kami dop tau,"

Maka nabi cerita..

   "Al-khauthar kolam yang banyak kebajikan. Allah beri pada aku, umat akan datang akan minum. Aku tunggu di sana, di kolam al-khauthar"

Maka pada hari akhirat, bila nabi tgk ramai umat Muhammad ni, nabi pun akan kata..

   "Mari minum dalam kolam aku ni. Mari minum sini. Mari minum sini. Jangan minum tmpat lain."

Tiba-tiba, umat Muhammad disekat oleh para malaikat. Malaikat sekat sebahagian drpd umat nabi. Nabi kata..

   "Bakpo(kenapa) mu sekat umat aku nak minum air dari kolam khautar tu?"

Maka kata malaikat,

   "Mu dop(tak) tau wahai rasuluallah. Memang ni umat mu, solat x tinggal. Tok siak masjid, tok imam, tok bilal. Tetapi bila wafat kamu rasuluallah, mereka tak lakukan apa yang kamu suruh, mereka mempertahankan apa yang kamu larang."

Apa maknanya?? Maknanya, menyeleweng daripada agama islam. Ulama' ditolak, juhalah disokong. Orang yang adil ditinggalkan, orang yang melakukan kezaliman dikasihi. So, bila dgr malaikat kata gitu, nabi pun kata..

   "Pergi berambus, pergi berambus. Jangan minum pada kolam khautharku."

Hari ni, nak diceritakan pada kita semua x cukup hanya dengan solat 5 kali sehari semalam. Sebab yang akan nabi panggil pada hari akhirat nanti ialah semua yang ada bekas amik wudhu'. Muka bercahaya, tangan bercahya, kaki bercahaya. Maknanya, x tinggal solat. Yang x solat tu, confirm2 la nabi x panggil, x layan langsung. Tapi ni nak cerita pasal yang solat cukup, x pernah tinggal. Tok imam, tok bilal, tok siak n macam-macam ag. Solat x tinggal, yang mampu gi mekah wat haji n boleh wat umrah lagi. Walaupun nabi kenal umatnya melalui anggota wudhu', tp x boleh minum daripada kolam al-khauthar. nauzubillah..Minta berlindung kita daripada masuk golongan yang bila sampai kat kolam khauthar, nabi hambat (halau) kita. Kata ulama', bila x dapat minum air dari kolam nabi, msuk neraka..nauzubillah..

-Didengar, ditulis, diedit daripada ceramah ustaz azhar idrus berkaitan kolam al-khauthar. if nak dgr ceramah tuh, boleh search kat youtube. insyaAllah-

Catatan Ana_sukma...

Sejuk jer ati bila dgr pasal kolam kauthar ni tapi gerun plak bila sampai kat kena tahan ngan malaikat n kena halau rasuluallah. Banyak2kanlah berdoa agar kita dijauhi daripada menjadi golongan-golongan yang dihalau oleh rasuluallah krn sepertimana yang disebut oleh ust azhar, menurut ulama', sapa2 yang x dpt minum air dri kolam kauthar maksudnya dia adalah ahli neraka..nauzubillah..


Monday, April 5, 2010

SuRaT SeOranG PeseRTa BTN

engan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam buat Rasul junjungan Mulia, Muhammad SAW..


Ini adalah sepucuk surat..
Yang ingin diutus kepada Pencipta alam semesta
Dari seorang peserta kursus btn..
Yang ingin mengadu segala kocakan di jiwa..
Kepada Allah Yang Maha Mendengar

Ya Allah,
Engkau telah hamparkan kami di sini..
Di kem Tanjung Rhu, Sepang..
Demi agama, bangsa dan negara kami.

Wahai Allah yang sentiasa dirindui,
Di sini, Engkau lihatkan padaku..
Kelemahan dan kekuatan hamba-hambaMu..
Engkau tunjukkan padaku jua..
Betapa insan-insan kerdil ini mudah lupa padaMu..
Termasuklah diri jua..

Oh Allah yang kucintai,
Hari ini aku terkesima..
Bilamana begitu mudah syabab Islam kini melontarkan pandangan..
Bernas! Bijak! Genius! Tak pernah aku nafikan dan sangkalkan kebijaksanaan mereka..
Namun..
Pandangan mereka..entahlah ya Allah..
Aku bingung!

Duhai Allah yang sentiasa menemaniku,
Kenapa bibir mulus itu begitu mudah berkata-kata??
Tahukah dia bahawa kata-katanya menghiris hatiku dan hati sahabat semuslimku yang lain??
Setiap butir perkataan yang terkeluar dari bibirnya bisa melambangkan akhlak remaja-remaja Islam kini..

Aku kira dia tidak menghina rumahMu, Ya Allah..
Tapi, mungkin kerana emosiku sendiri...
"Alaa, bina masjid banyak-banyak pun xde guna. Bukan ada orang nak gi solat kat masjid pun,"
Aduh, Ya Allah..
Kata-kata inilah..
Kata-kata inilah yang menghentak benakku.

Benar, ya Allah..
Benar kata-katanya..
Aku tidak meragui walau sedikitpun..
Namun, entahlah ya Allah..
Entah kenapa hati ini terasa sakit sekali..

Mungkin juga aku yang terlalu berprasangka buruk..
Kerana aku juga manusia lemah..
Mungkin lebih lemah dari dirinya..
Lantas,
Surat cinta dariMu yang Engkau wahyukan pada Rasuluallah kutatap penuh kasih..
Kubaca kalamMu..
Surah Tahaa kualunkan merdu..
Agar lembut jiwa ini Engkau belai..
Agar bertempiaran lari syaitan laknatullah dari fikiranku..

Wahai Allah, Penciptaku..
Kini, tiada apa yang jasad kerdil ini harapkan..
Melainkan Engkau bukakan pintu hati kami..
Dan masukkan hidayahMu dalam jiwa kami..
Kerana sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui..
Maka, oleh sebab itu...
BANTULAH KAMI!!

daripada hambaMu,
-Sukma Haidar bt. Mohd Nasir-
-6/3/2009-
-11:09 P.M.-

Saturday, April 3, 2010

HuJaN BaRakaH MiLiK ALLAH SWT

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Selawat dan salam buat kekasih Allah, Muhammad SAW

Hujan barakah turun lagi
Membasahi bumi tandus
Tanda kekuasaan Illahi

Beberapa jam sebelum itu
Seorang hamba
Lemah tak berdaya
Terdampar di kamar Delima 2
Mengisi jiwa yang kekosongan
Menakluki dunia igauan

Perlahan-lahan
Hatinya dijentik Tuhan Yang Esa
Jari-jemarinya digerakkan Allah
Diisi kekeringan sukmanya
Bicara ulama' terus menemaninya

Perut berlagu minta diisi
Hanya roti dijamah tadi
Namun, hamba itu tekad
Nasi hanya sekali
Jadi, petangnya pasti terisi

Asar semakin menghampiri
Hari yang tadinya cerah kini diganti dentuman petir dan pancaran kilat
Hamba itu bangun
Menguatkan diri
Mengalahkan qarin
Menggagahkan kaki menuju Illahi

Hamba itu merapatkan saf
Mengangkat takbiratul ihram
Dan seterusnya menyempurnakan solatnya
Lantas,
Dek perut yang berkeroncong minta diisikan
Pabila Al-Mathurat di baca berjamaah
Hamba itu berniat utk tidak mengalunkan kalamullah seusai Mathurat dibaca
Fikirnya, makanan itu lebih penting daripada membaca, mentadabbur dan memahami Kitabullah

Allah Maha Mengetahui
Allah Maha Mendengar
Lalu hujan barakah itu diturunkanNya
Hamba it resah
Hatinya sayu
Hujan lebat itu mematahkan impiannya
Merapuhkan rancangannya

Hujan barakah itu turun lagi
Malah lagi hebat dan bertambah lebat
Hamba itu diam di rumah Allah
Mula memikirkan kejadian yang terjadi padanya

Hamba itu mula memuhasabahkan dirinya
Mula berasa bersalah
Kerana telah mengeluh di atas rezeki yang diturunkan Allah
Hamba itu mengaku
Dia mampu melawan qarin
Namun dia tewas dalam mengalahkan nafsu makannya
Mata dipejam, hati dikosongkan
Akalnya mula memikirkan sesusuk tubuh mulia
Yang sanggup meletakkan batu di perutnya demi melahan lapar
Namun,
Hamba itu berfikir
Kenapa manusia yang sudah dijanjikan syurga oleh Allah itu mampu menahan laparnya..
Sedangkan hamba itu hanya manusia biasa
Entah bisa, entah tidak melihat syurga
Baru dicubit Allah dengan dugaan lapar
Sudah pandai mengeluh..
Aduhai..lemahnya hamba itu..

Lembaran Al-Quran dibelek berhelai-helai
Alhamdulillah, dapat juga hamba itu menyebut kalimat-kalimat suci milik Allah
Hatinya makin tenang
Setenang keadaan di luar sana
Kerana hujan barakah mulai berlalu
Seolah-olah memberi peluang kepada hamba itu
Menuju ke destinasi bagi mengisi perut yang berlagu
Subhanallah..Maha Suci Allah
Hamba itu memuji Tuhannya
Kalau awalnya dia hanya mungkin dapat satu ganjaran
Iaitu mengeyangkan perutnya
Kini dia mungkin mendapat dua ganjaran
Iaitu ganjaran mengeyangkan perut dan ganjaran membaca Quran..insyaAllah

Kalamullah kini terbukti pada diri hamba itu
Terngiang-ngiang di fikirannya
"Tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia"
MasyaAllah..
Perkara itu benar-benar terjadi pada hamba itu

Lantas pabila perut sudah terisi
Tenaga sudah dikembali
Kaki kembali laju mendaki tangga menuju ke kamarnya di Delima 2
Begitu juga bibirnya
Bibir hamba itu gagah
Gagah mengucapkan..
"I LOVE YOU ALLAH!!!!!!!"