Saturday, April 3, 2010

HuJaN BaRakaH MiLiK ALLAH SWT

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Selawat dan salam buat kekasih Allah, Muhammad SAW

Hujan barakah turun lagi
Membasahi bumi tandus
Tanda kekuasaan Illahi

Beberapa jam sebelum itu
Seorang hamba
Lemah tak berdaya
Terdampar di kamar Delima 2
Mengisi jiwa yang kekosongan
Menakluki dunia igauan

Perlahan-lahan
Hatinya dijentik Tuhan Yang Esa
Jari-jemarinya digerakkan Allah
Diisi kekeringan sukmanya
Bicara ulama' terus menemaninya

Perut berlagu minta diisi
Hanya roti dijamah tadi
Namun, hamba itu tekad
Nasi hanya sekali
Jadi, petangnya pasti terisi

Asar semakin menghampiri
Hari yang tadinya cerah kini diganti dentuman petir dan pancaran kilat
Hamba itu bangun
Menguatkan diri
Mengalahkan qarin
Menggagahkan kaki menuju Illahi

Hamba itu merapatkan saf
Mengangkat takbiratul ihram
Dan seterusnya menyempurnakan solatnya
Lantas,
Dek perut yang berkeroncong minta diisikan
Pabila Al-Mathurat di baca berjamaah
Hamba itu berniat utk tidak mengalunkan kalamullah seusai Mathurat dibaca
Fikirnya, makanan itu lebih penting daripada membaca, mentadabbur dan memahami Kitabullah

Allah Maha Mengetahui
Allah Maha Mendengar
Lalu hujan barakah itu diturunkanNya
Hamba it resah
Hatinya sayu
Hujan lebat itu mematahkan impiannya
Merapuhkan rancangannya

Hujan barakah itu turun lagi
Malah lagi hebat dan bertambah lebat
Hamba itu diam di rumah Allah
Mula memikirkan kejadian yang terjadi padanya

Hamba itu mula memuhasabahkan dirinya
Mula berasa bersalah
Kerana telah mengeluh di atas rezeki yang diturunkan Allah
Hamba itu mengaku
Dia mampu melawan qarin
Namun dia tewas dalam mengalahkan nafsu makannya
Mata dipejam, hati dikosongkan
Akalnya mula memikirkan sesusuk tubuh mulia
Yang sanggup meletakkan batu di perutnya demi melahan lapar
Namun,
Hamba itu berfikir
Kenapa manusia yang sudah dijanjikan syurga oleh Allah itu mampu menahan laparnya..
Sedangkan hamba itu hanya manusia biasa
Entah bisa, entah tidak melihat syurga
Baru dicubit Allah dengan dugaan lapar
Sudah pandai mengeluh..
Aduhai..lemahnya hamba itu..

Lembaran Al-Quran dibelek berhelai-helai
Alhamdulillah, dapat juga hamba itu menyebut kalimat-kalimat suci milik Allah
Hatinya makin tenang
Setenang keadaan di luar sana
Kerana hujan barakah mulai berlalu
Seolah-olah memberi peluang kepada hamba itu
Menuju ke destinasi bagi mengisi perut yang berlagu
Subhanallah..Maha Suci Allah
Hamba itu memuji Tuhannya
Kalau awalnya dia hanya mungkin dapat satu ganjaran
Iaitu mengeyangkan perutnya
Kini dia mungkin mendapat dua ganjaran
Iaitu ganjaran mengeyangkan perut dan ganjaran membaca Quran..insyaAllah

Kalamullah kini terbukti pada diri hamba itu
Terngiang-ngiang di fikirannya
"Tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia"
MasyaAllah..
Perkara itu benar-benar terjadi pada hamba itu

Lantas pabila perut sudah terisi
Tenaga sudah dikembali
Kaki kembali laju mendaki tangga menuju ke kamarnya di Delima 2
Begitu juga bibirnya
Bibir hamba itu gagah
Gagah mengucapkan..
"I LOVE YOU ALLAH!!!!!!!"

3 comments:

Hamba Ilahi said...

salam.. selamat berblog.. kenapa tema blog kamu gelap sangat? bagi saya kurang menarik.

Hamba Ilahi said...

macam mana pun artikel ini memang menarik, memberi peluang kepada diri untuk bermuhasabah. jemput berkomen di blog ana.

anasukma said...

wassalam..
terima kasih atas komen anta tapi ana sememangnya suka gelap2 ni..
Tp insyaAllah ana cuba perbaikinya di masa akan dtg..
insyaAllah..

Post a Comment