Sunday, March 28, 2010

Demi Islam..

Dengan nama Allah Yang Maha Esa..
Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W..

Hari tuAhad, 22 Mac 2010..Pkul 1:08 AM (ikut waktu kat laptop)..Ana still ag bersnegkang mata ni..Nak siapkan kerja yang tertangguh..Alhamdulillah, dah hmpir selesai pun..

Mata memang mengantuk skrang ni tapi kena paksa jgk wat kije..klu tak, alamatnya x siapla..lgipun wat kerja utk Islam, apa salahnya korbankan waktu tido tu, btul tak?? klau ana bleh stay up tem exam. tem nak siapkan tutor..then why ana xleh nak kuatkan dan gagahkan diri utk siapkan kerja2 islam?

esok lecture ad 4, tmbah lecture etnik ad 5 la sumernya..ana doa2 agr esok bleh concentrate dlm kliah..hopefully x ngantuk..mga2 ana dilindungi oleh Allah..

Ana x wat kije ni sorang2..ada kawan yng tlg..Hartini bt Ramli namanya..skrang dah berlabuh ke alam mimpi pun, syok jer tgk die tido..huhu..thanks tini 4 helping me..!

Kdg2 ana terfikir, knp kita, ana la terutamanya..Bila ad kerja yang melibatkan islam, mesti byk excuse..nak wat ni,nak wat tu..sdgkan kerja islam yang sepatutnya kita utamakn..Kita orang islam tp x nak wat kerja islam. habis, kalu bkn kita yang nak wat, sapa lagi?? nak tggu anak cucu kita?? umphh!! jgn harp la dorang akan wat kalau ayah, mak, datuk nenek die pun x wat kije2 islam ni..

ana bukan nak mengata sapa2..cukuplah tgk pada diri sendiri yang serba lemah ni..24 jam masa yang Allah beri dalam sehari, berapa jam jer yang ana spend utk islam..tolak ngan ibadah2 wajib cam solat tu, masyaAllah..sikit sgt masa yang dikorbankan buat Kekasih ana, buat islam..ini ke namenya mujahdah?? ini ke namenya belia yang akan kibarkan kalimah LAILAHAILLALLAH di seluruh pelusuk dunia?? inikah? inikah? inikah?? tepuk dada tanyalah iman, duhai sukma..

Saturday, March 20, 2010

Allah itu cantik dan sukakan kecantikan

Dengan nama Allah SWT..
Selawat dan salam ke atas Rasuluallah SAW..

Semalam Sukma buka blog Hilal Asyraf, 'Langit Illahi'..Dulu x pernah tau pun Hilal Asyraf ad blog, yang tau dia ni penulis coz slalu nampak nama dia kat kedai buku..Sekarang ni baru nak berjinak2 ngan blog Langit Illahi sbb bila 1st buka tuh, hati Sukma dah tertarik. Byk benda boleh blaja dalam Langit Ilahi tuh..Alhamdulillah, akhirnya Allah bukak jgk hati ni..(^_^)..

Erm, ap kaitan blog Hilal Asyraf ni ngan post kali ni?? sbnrnya smlam sukma t'bc satu post yang sukma kira menarik which is pasal kecantikan and kebersihan..and sukma tertarik ngan kenyataan ni, "Remaja beriman sentiasa menjaga kekemasan, kebersihan" (lebih kurang begini la, sukma x igt sgt sbnrnya)

So, hari ni sukma berjaya kemaskan tempat tidur sukma..tu pun atas izin Allah jugak..Alhamdulillah..sbb sblm ni tempat Sukma agak berserabut ngan barang2 yang sgt byk yang ntah dtg dr mana..ngan habuknya yang t'amat la byk, subhanallah..bru sedar bilik Sukma ni dah cam tempat syaitan..patutla sblm ni, bila nak study mesti ngantuk..bila bukak laptop, mesti nak tgk movie..Astaghfirullah...akhirnya, alhamdulillah segala2nya selesai hari ni..insyaAllah syaitan dah di halau keluar dan malaikat disambut riang..Sukma doa agr bilik Sukma ni akn terus mcm ni w/pn skrang ni dah nak abis sem 2..amin

RINDUNYER!!!!

Dengan nama Allah Subhanawwata'ala..
Salam dan selawat keatas Rasuluallah Sallallahualaihiwassalam..

Ni la kekasih ana selepas Allah dan Rasulluallah..(^_^)
Memang sayang giler r kt mok nga ayoh ni..
Kalau boleh, tiap2 hari nak peluk and cium..
Tiap2 hari nak bersama..
Tapi...
tak boleh la..
Sebab skrang ana dah duk jauh..
mok nga ayoh duk klate..
ana plak kat shah alam..

Rindu btul kat parents..
Dah lame r x balik klate..
Ari tu ad kol umah..
Sebak ana dgr suara mok..
Terharu bila suara ayoh plak menyapa..
Subhanallah, rindu benar ana pada mereka..
Sehingga air mata boleh jtuh ke pipi..

Ya Allah..
Rindunya aku pada kedua insan mulia ciptaanMu ini..
Hamba2Mu yang kukira telah benar2 melaksanakn t/jwb mrk dgn sebaik2nya..
Membesarkan kami adik beradik dengan penuh kasih sayang..
Mengorbankan segala2nya tanpa memikirkan kelelahan diri mereka sendiri..
Membawa kami mengenalMu Ya Allah..

Ya Allah..
Engkau ampunilah dosa2 mereka..
Jauhkan mereka daripada azab kuburMu..
Naungii mereka di Padang Mahsyar nnt..
Hindari mereka daripada seksa nerakaMu..
Dan masukkan mereka ke dalam syurgaMu

Bisa saja aku mati semalam!

Dengan nama Allah..

Sejak berapa hari ni, Sukma asyik lalai. Lalai dengan banyak benda la. Kejap nak wat tu, kejap nak wat ni. Dan yang sedihnya, semua benda yang dibuat tu menjauhkan lagi Sukma ngan Allah..Astaghfirullah..
Sukma sedar ap yang sukma wat tu salah tapi, still buat gak. Susah betul nak didik hati, sukar benar nak fight nafsu ni bila dah lekat ngan dunia.

Berjam2 lalai ngan dunia. Tmbah2 lagilah bila Allah bg 'cuti' utk Sukma solat. MasyaAllah, byknya pembaziran yang Sukma dah wat. Kdg2 terdetik gak.."Eh, salah apa yang aku wat ni. Dosa.." tp setakat terdetik je la..actionnya xde..Astaghfirullah, teruknya ana..

Alhamdulillah sebab w/pn Sukma lalai yang teramat sgt, Allah yang Maha Penyayang masih ag sudi tgk Sukma ni. Nikmat kaki yang Allah kurniakan ni masih mampu sukma gunakan utk digerakkan menuju ke majlis2 ilmu. Alhamdulillah..

Tpi, bila dah kuar dripada mjlis ilmu tu, sukma leka balik. Terus sukma ikut syaitan yang sentiasa menemani diri. Ilmu2 yng dapat kt majlis ilmu td seolah2 masuk telinga kanan kuar telinga kiri..Memang teruk la ana ni.

So, semalam Allah tunjukkan kuasaNYA pada sukma. Tunjukkan kat sukma betapa beratnya dosa yang sukma dah lakukan. Mase tu lebih kurang lepas maghrib, dalam 8.10 mlm g2, insyaAllah..Sukma gi toilet sbb nak prepare nak gi surau jap ag. then, mase masuk toilet tuh, subhanallah..kaki kanan sukma slide ke depan and kaki kiri plak tersadung and kena kat bendul toilet tu..masyaAllah, sakitnya! Bila check, kaki sukma yang sebelah kiri dah bengkak and cam dah biru..lepas kuar toilet tu, bengkak kat kaki td membesar ckt and stat b'darah..Astaghfirullah, bla dah kena mcm tuh, terus hati ni ditusuk rase bersalah pada Allah. terus t'igt benda2 lalai yang sukma wat seblum ni..terus t'igt dosa yang dah b'timbun2 dlm buku amalan yg dipegang malaikat Atib n terus teringat Malaikatul maut..kalu Allah nak, Allah x payah wat sukma sakit..Boleh je kalu Allah nak rentap nyawa sukma tem tuh..Tp knp Allah x wat mcm tuh?? Sbb Allah Maha mengetahui. Ap yang terjdi, semuanya dalam pengetahuanNYA..tem tuh mmg sukma sedih sgt. Betapa Allah sygkan Sukma tp sukma..? Sukma mmg sayang Allah tp cukup ke?Ap yang sukma buat untuk Allah? Ap yang sukma dah sumbangkan untuk agma Islam...?

Mungkin jatuh dalam toilet tu cam perkara biase jer..Tpi bagi sukma tu perkara luar biasa, tmbah2 ag bila dah berdarah and bengkak2 kebiruan ni. nak jalan pun seksa..Tp padan la muka kan?! Sapa suh wat kerja2 yang Allah larang..terimalah akibatnya..

Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang, Maha Pengampun..byk mana pun dosa yang kita wat, selagi kita doa, minta ampun, taubat dan insaf, insyaAllah Allah akan maafkan kita..Subhanallah..

Kerinduan Bertandang

Kerinduanku memuncak..
Pada Pencipta alam ini..
Pada Penguasa seluruh alam…

Mataku melilau ke sekeliling..
Alam luas terbentang bermain di ainunku..
Nasyid dendangan Maher Zain b’tajuk ‘Open your eyes’..
Ligat berputar di benak fikiranku…

Subhanallah..
Indahnya ciptaan Tuhan Yang Maha Esa…
Pasti Penciptanya berbilion2 lagi indah..


Terdetik di hati..
Sudah kutemu sebahagian ciptaanNya..
Namun…
Bila akan kudipertemukan dgnNya..
Rindu membuak2…
Ingin bertemuNya…
Bertemu kekasihNya….

Bicara Cinta Sukma

Takkan Allah hadirkan cinta di jiwa manusia andai ia suatu musibah..


CINTA itu NIKMAT dari Allah..
Yang harus kita syukuri dan jagai..
Namun manusia itu rakus..
Dan..
Telah termaktub dalam AL-QURAN manusia itu lemah..
Memang benar manusia itu lemah..
Kerana pemberian Allah bernama CINTA tidak dijaga dengan elok..
Bukan ingin menuduh atau serkap jarang..
Kerana hakikatnya memang begitu..
Tidak perlu melihat orang lain..
Cukuplah diri sendiri dicermin..
Indah di mata manusia..mungkin..
Tapi di mata Allah???
Adakah aku indah juga???

Dunia membuatkan aku lupa..
Tapi kdg2 dunia membuatku menyedari diri hanya hamba..
Namun cinta…
Yang mana nikmatNya yang harus aku syukuri….
Aku nodai…
Kucemari sukmaku dengan cinta durjana…
Kukotori jiwaku dengan cinta hina…
Semata2 kerana cintaku pada seorang pemuda Islam tidak kesampaian..


Adakah itu sikap seorang mujahidah Islam??
…Sikap seorang srikandi muslim??
…Sikap seorang anak solehah?
…Sikap seorang isteri yg diidami??
…Sikap seorang ibu mithali??

TIDAK!!!!


SAMA SEKALI TIDAK!!

Oh Allah..
Rahmati diriku,
Redhai hidupku,
Berkati ushaku…
Dalam menggapai cinta padaMu kembali…


Rindu ini bertandang kembali dengan izinMu..
Rindu yang sama bertandang ketika mana jilbab labuh mula melindungiku…
Malah rindu ini lagi hebat..
Bimbinglah hamba ini ke jalanMu kembali..
Pimpin daku menuju cintaMU..
AMIN..




Kuingin buka kembali lembaran jahiliahku..
Semata-mata inginku luahkan..
Pada diriku yang mencari2 cinta hakiki, cinta abadi..
CINTA ILLAHI!


Hari2 dilalui bersama syaitan laknatullah dulu..
Begitu indah dipandanganku..
Walau malaikat kiri kananku membangkang…
Qarin tetap menang..
Dan tetap hebat di pandanganku..
Astaghfirullah..


Kudrat yang lemah ini terus hanyut dalam arus cinta duniawi..
Duit dibazirkan..
Masa juga menanggung nasib yang sama..
Kuikut kata hatiku..
Sudah jauh Al-Quran disisiku tika itu..
Dibaca bukan untuk diamalkan
Dan aku??
Buku amalanku mungkin sudah berjuta2 kali ditukar oleh malaikat Atib..
Dek dosa yang bertimbun2…
Dan qarin, syaitan, iblis??
Terus bersorak gembira..
Seorang lagi anak Adam berjaya kutumpaskan”


Dan..


Alhamdulillah..
Aku masih mendapat perhatian daripada Allah..
Kerana Allah itu MAHA PENYAYANG!
Janjinya tetap benar..
Kalamnya jua benar..
Tiada yang boleh diragui..
Sepercik hidayah dipercikkan ke jiwaku yang keresahan..

ALLAH MAHA KAYA!


ALLAHUAKBAR!




Bila berdepan denganMu Ya Allah..
Hati dilanda sayu..
Roh menanggung malu..
Jasad tersujud layu..
Lemahnya diri ini tatkala berhadapan denganMU..
Kusedar dosa2 yang kulakukan..
Mutiara penyesalan meniti di mata dan jatuh di pipiku..
Kudoakan agar mutiara itu bisa memadamkan api nerakaMu..
Buat melindungi diriku, diri kedua ibu bapaku, dan seluruh keluargaku dari azab seksa nerakaMU..amin
Kuubah corak hidupku..
Kembali berpegang pada kalamMu..
Kembali kepada sunnah kekasihMu..

Namun,


Aku hamba biasa duhai Allah..
Tidak mampu menanggung perasaan di jiwa..
Yang mahu disayangi, yang mahu dikasihi…
Aku remaja lemah..
Terlalu lemah melawan nafsuku sendiri..
Lantas kuikut kata hatiku..
Menyampaikan apa yang tersirat dijiwa..
Pada lelaki yang kuidamkan selama ini..
Seorang pemuda Islam..
Yang pada fikiranku seorang lelaki yang bisa membawaku kejalanMu dengan izinMu..




Syabab itu bertindak diam..
Walau sedikit sebanyak dapat kuhidu dia sebenarnya terkejut dengan kenyataanku..
Aku kini akur..
Walau apa jawapan yg diberi, ku pasrah..
Kerana DIA lebih mengetahui..
Pasti DIA memberi ilham yang sangat bernas pada ‘mujahid’..


Jawapan pemuda sedikit sebanyak membuahkan kebahagiaan di jiwa, mungkin…
Walau dituturkan dalam kata yang penuh tersurat dan tersirat…
Kutahu jawapannya positif buatku..atau mungkin saja itu hanya dugaku..
Tapi aneh, aku seharusnya gembira..
Namun…
Bukan itu yang berlaku..
Aku lebih rela untuk berjauhan dengannya..
Kerana aku mengikut gerak hatiku..
Yang mana kuyakin ianya dari Allah..

Sebuah mesej yang tersimpan dalam handphone sahabatku ditujukan padaku..
Kata2nya lebih kurang begini..


“Allah bersama kita setiap masa krn itu tanda cintanya Allah pada kita..Tapi bila mana kita mencintai hambaNya, itu tandanya Allah menjauhi kita..Namun jangan pernah rasa sedih bila kita ditinggalkan orang yang kita cintai kerana itu tandanya Allah kembali cinta pada kita dan kembali pada kita”

SUBHANALLAH..


ALLAHUAKBAR..


ALHAMDULILLAH..


Tasbih, takbir dan tahmid meniti dibibirku..
Betapa Allah menyayangi hamba2Nya..
Masih sudi memandang hambaNya yang hina ini..
Masih sudi mempelawa insan kerdil ini menyentuh nikmat2 kurniaanNya..
MAHA SUCI ENGKAU YA ALLAH!!



Dulu..


Kini…


Dan selamanya..


Aku mendambakan kasih dan cinta dariMu..
Agar dapat Engkau hadiahkan kepadaku hambaMu yang engkau kasihi dan cintai…
Buat menemani diriku yang kelemasan dlm mencari halawatul iman..
Moga impianku ini sentiasa menemaniku dalam doa2ku kepadaMu…
Agar didengari dan dikabulkan oleh ALLAH YANG MAHA ESA..


Harapanku..
Agar sebuah baitul muslim bakal terbina kukuh dalam hidupku..
Agar sebuah kehidupan yang disinari dengan kalamullah, zikrullah, selawat bergema dalam hidupku..
Agar dapat ku hantarkan putera2ku m’jadi tentera Imam Mahdi menentang dajjal..
Dan yang paling utama..
Agar matiku kelak…
…dalam husnul khatimah
..dalam iman
…sebagai seorang muslim
…sebagai seorang hamba yang taat pada Allah
…sebagai seorang isteri yang taat pada suami
…sebagai seorang anak yang taat pada mak dan ayah
…sebagai seorag ibu yang berjaya mendidik anak2 mengenal Allah dan RasulNya…




Engkau mendengar rayuanku Ya Allah..
Ampunkan dosa2 ku..
Ampunkan dosa kedua ibu bapaku..
Ampunkan dosa orang yang telah Engkau jodohkan dgnku..
Ampunkan dosa adik beradik dan keluargaku..
Ampunkan dosa shbt2 dan guru2ku…
Ampunkan dosa seluruh muslimin dan muslimat di atas muka bumi ini..
Dan kabulkanlah permintaan kami semua..
AMIN YA RABBAL A’LAMIN..