Saturday, March 20, 2010

Bicara Cinta Sukma

Takkan Allah hadirkan cinta di jiwa manusia andai ia suatu musibah..


CINTA itu NIKMAT dari Allah..
Yang harus kita syukuri dan jagai..
Namun manusia itu rakus..
Dan..
Telah termaktub dalam AL-QURAN manusia itu lemah..
Memang benar manusia itu lemah..
Kerana pemberian Allah bernama CINTA tidak dijaga dengan elok..
Bukan ingin menuduh atau serkap jarang..
Kerana hakikatnya memang begitu..
Tidak perlu melihat orang lain..
Cukuplah diri sendiri dicermin..
Indah di mata manusia..mungkin..
Tapi di mata Allah???
Adakah aku indah juga???

Dunia membuatkan aku lupa..
Tapi kdg2 dunia membuatku menyedari diri hanya hamba..
Namun cinta…
Yang mana nikmatNya yang harus aku syukuri….
Aku nodai…
Kucemari sukmaku dengan cinta durjana…
Kukotori jiwaku dengan cinta hina…
Semata2 kerana cintaku pada seorang pemuda Islam tidak kesampaian..


Adakah itu sikap seorang mujahidah Islam??
…Sikap seorang srikandi muslim??
…Sikap seorang anak solehah?
…Sikap seorang isteri yg diidami??
…Sikap seorang ibu mithali??

TIDAK!!!!


SAMA SEKALI TIDAK!!

Oh Allah..
Rahmati diriku,
Redhai hidupku,
Berkati ushaku…
Dalam menggapai cinta padaMu kembali…


Rindu ini bertandang kembali dengan izinMu..
Rindu yang sama bertandang ketika mana jilbab labuh mula melindungiku…
Malah rindu ini lagi hebat..
Bimbinglah hamba ini ke jalanMu kembali..
Pimpin daku menuju cintaMU..
AMIN..




Kuingin buka kembali lembaran jahiliahku..
Semata-mata inginku luahkan..
Pada diriku yang mencari2 cinta hakiki, cinta abadi..
CINTA ILLAHI!


Hari2 dilalui bersama syaitan laknatullah dulu..
Begitu indah dipandanganku..
Walau malaikat kiri kananku membangkang…
Qarin tetap menang..
Dan tetap hebat di pandanganku..
Astaghfirullah..


Kudrat yang lemah ini terus hanyut dalam arus cinta duniawi..
Duit dibazirkan..
Masa juga menanggung nasib yang sama..
Kuikut kata hatiku..
Sudah jauh Al-Quran disisiku tika itu..
Dibaca bukan untuk diamalkan
Dan aku??
Buku amalanku mungkin sudah berjuta2 kali ditukar oleh malaikat Atib..
Dek dosa yang bertimbun2…
Dan qarin, syaitan, iblis??
Terus bersorak gembira..
Seorang lagi anak Adam berjaya kutumpaskan”


Dan..


Alhamdulillah..
Aku masih mendapat perhatian daripada Allah..
Kerana Allah itu MAHA PENYAYANG!
Janjinya tetap benar..
Kalamnya jua benar..
Tiada yang boleh diragui..
Sepercik hidayah dipercikkan ke jiwaku yang keresahan..

ALLAH MAHA KAYA!


ALLAHUAKBAR!




Bila berdepan denganMu Ya Allah..
Hati dilanda sayu..
Roh menanggung malu..
Jasad tersujud layu..
Lemahnya diri ini tatkala berhadapan denganMU..
Kusedar dosa2 yang kulakukan..
Mutiara penyesalan meniti di mata dan jatuh di pipiku..
Kudoakan agar mutiara itu bisa memadamkan api nerakaMu..
Buat melindungi diriku, diri kedua ibu bapaku, dan seluruh keluargaku dari azab seksa nerakaMU..amin
Kuubah corak hidupku..
Kembali berpegang pada kalamMu..
Kembali kepada sunnah kekasihMu..

Namun,


Aku hamba biasa duhai Allah..
Tidak mampu menanggung perasaan di jiwa..
Yang mahu disayangi, yang mahu dikasihi…
Aku remaja lemah..
Terlalu lemah melawan nafsuku sendiri..
Lantas kuikut kata hatiku..
Menyampaikan apa yang tersirat dijiwa..
Pada lelaki yang kuidamkan selama ini..
Seorang pemuda Islam..
Yang pada fikiranku seorang lelaki yang bisa membawaku kejalanMu dengan izinMu..




Syabab itu bertindak diam..
Walau sedikit sebanyak dapat kuhidu dia sebenarnya terkejut dengan kenyataanku..
Aku kini akur..
Walau apa jawapan yg diberi, ku pasrah..
Kerana DIA lebih mengetahui..
Pasti DIA memberi ilham yang sangat bernas pada ‘mujahid’..


Jawapan pemuda sedikit sebanyak membuahkan kebahagiaan di jiwa, mungkin…
Walau dituturkan dalam kata yang penuh tersurat dan tersirat…
Kutahu jawapannya positif buatku..atau mungkin saja itu hanya dugaku..
Tapi aneh, aku seharusnya gembira..
Namun…
Bukan itu yang berlaku..
Aku lebih rela untuk berjauhan dengannya..
Kerana aku mengikut gerak hatiku..
Yang mana kuyakin ianya dari Allah..

Sebuah mesej yang tersimpan dalam handphone sahabatku ditujukan padaku..
Kata2nya lebih kurang begini..


“Allah bersama kita setiap masa krn itu tanda cintanya Allah pada kita..Tapi bila mana kita mencintai hambaNya, itu tandanya Allah menjauhi kita..Namun jangan pernah rasa sedih bila kita ditinggalkan orang yang kita cintai kerana itu tandanya Allah kembali cinta pada kita dan kembali pada kita”

SUBHANALLAH..


ALLAHUAKBAR..


ALHAMDULILLAH..


Tasbih, takbir dan tahmid meniti dibibirku..
Betapa Allah menyayangi hamba2Nya..
Masih sudi memandang hambaNya yang hina ini..
Masih sudi mempelawa insan kerdil ini menyentuh nikmat2 kurniaanNya..
MAHA SUCI ENGKAU YA ALLAH!!



Dulu..


Kini…


Dan selamanya..


Aku mendambakan kasih dan cinta dariMu..
Agar dapat Engkau hadiahkan kepadaku hambaMu yang engkau kasihi dan cintai…
Buat menemani diriku yang kelemasan dlm mencari halawatul iman..
Moga impianku ini sentiasa menemaniku dalam doa2ku kepadaMu…
Agar didengari dan dikabulkan oleh ALLAH YANG MAHA ESA..


Harapanku..
Agar sebuah baitul muslim bakal terbina kukuh dalam hidupku..
Agar sebuah kehidupan yang disinari dengan kalamullah, zikrullah, selawat bergema dalam hidupku..
Agar dapat ku hantarkan putera2ku m’jadi tentera Imam Mahdi menentang dajjal..
Dan yang paling utama..
Agar matiku kelak…
…dalam husnul khatimah
..dalam iman
…sebagai seorang muslim
…sebagai seorang hamba yang taat pada Allah
…sebagai seorang isteri yang taat pada suami
…sebagai seorang anak yang taat pada mak dan ayah
…sebagai seorag ibu yang berjaya mendidik anak2 mengenal Allah dan RasulNya…




Engkau mendengar rayuanku Ya Allah..
Ampunkan dosa2 ku..
Ampunkan dosa kedua ibu bapaku..
Ampunkan dosa orang yang telah Engkau jodohkan dgnku..
Ampunkan dosa adik beradik dan keluargaku..
Ampunkan dosa shbt2 dan guru2ku…
Ampunkan dosa seluruh muslimin dan muslimat di atas muka bumi ini..
Dan kabulkanlah permintaan kami semua..
AMIN YA RABBAL A’LAMIN..

No comments:

Post a Comment